Tuesday, September 18, 2007

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1






Rabu, 8 Ogos 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota, Tutong 1 telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1.
Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan bermula dengan acara senamrobik yang disertai oleh tetamu kerhormat, guru - guru dan semua peserta. Setelah itu peserta murid - murid dan guru - guru perempuan dilepaskan. Lima minit kemudian barulah perserta murid - murid dan guru - guru lelaki dilepaskan. Para peserta perempuan berlari sejauh 3 km sementara peserta lelaki berlari sejauh kira- kira 5 km.
Peserta lelaki dari SRPMMT1 iaitu Helwi Afendi Bin Rosdita telah berjaya mendapat tempat pertama. Peserta - peserta lelaki dari sekolah ini juga telah berjaya menjadi juara berkumpulan.

-

No comments: