Saturday, November 10, 2007

Lawatan Sambil Belajar Ke Pameran Pendidikan Lukisan




Khamis, 1 November 2007 - Seramai 15 orang murid dari Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pameran Pendidikan Lukisan yang telah diadakan SR Kiudang, Tutong 1.

Sambutan Hari Guru Tahun 2007






Sabtu, 31 Oktober 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Sambutan ini telah diadakan di Dewan sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan doa Hari Guru oleh ketua murid Muhd. Aminuddin Bin Hassanuddin. Di antara acara pada hari tersebut ialah acara nyanyian Hari Guru, Kuiz, ucapan dari wakil murid dan juga penyampaian hadiah kepada Guru Favorite yang telah diundi oleh murid - murid iaitu Cikgu Aminah Binti Hj Hassan.

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Kawasan Tutong 1




Rabu, 24 Oktober 2007 - Pasukan Sepak Takraw dari SRPMMT1 telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Kawasan Tutong 1. Kejohan tersebut telah diadakan di Dewan Gerak Badan Tutong Kem. Di kejohanan tersebut satu sepak takraw dari SRPMMT1 tidak berjaya melayakan diri kepusingan kedua setelah berjaya ditewaskan oleh pasukan Sepak Takraw SR Birau, Tutong 1.

Sambutan Hari Raya Tahun 2007











Lebih banyak gambar majlis tersebut... enjoy !

Sambutan Hari Raya Tahun 2007







Isnin, 22 Oktober 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Sambutan ini telah diadakan di dewan sekolah. Acara dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar SRPMMT1. Di antara acara pada hari tersebut ialah acara nyanyian, tarian, pertujukan fesyen pakaian Hari Raya serta ucapan Hari Raya dari wakil murid- murid. Diakhir majlis semua guru, murid dan kakitangan menikmati jamuan.

Saturday, September 22, 2007

Sukan Ria Di Pantai Seri Kenangan, Tutong bhg. 3






lagi gambar - gambar acara tersebut..... enjoy!!

Sukan Ria Di Pantai Seri Kenangan, Tutong bhg. 2






lebih banyak gambar acara Sukan Ria .....

Sukan Ria Di Pantai Seri Kenangan, Tutong






Khamis, 6 September 2007 - SRPMMT1 telah mengadakan acara Sukan Ria di Pantai Seri Kenangan, Tutong. Sukan ria tersebut diadakan sempena berakhirnya Penggal Persekolahan Ketiga.

Di antara acara - acara yang telah diadakan ialah lumba mencari benda didalam tepung, lumba makan ais krim, meniup belon sampai pecah dan perlawanan bola sepak pantai.

Tuesday, September 18, 2007

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1 bhg. 3






lebih banyak gambar kejohanan....

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1 bhg. 2






Lebih banyak gambar kejohanan....

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1






Rabu, 8 Ogos 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota, Tutong 1 telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1.
Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan bermula dengan acara senamrobik yang disertai oleh tetamu kerhormat, guru - guru dan semua peserta. Setelah itu peserta murid - murid dan guru - guru perempuan dilepaskan. Lima minit kemudian barulah perserta murid - murid dan guru - guru lelaki dilepaskan. Para peserta perempuan berlari sejauh 3 km sementara peserta lelaki berlari sejauh kira- kira 5 km.
Peserta lelaki dari SRPMMT1 iaitu Helwi Afendi Bin Rosdita telah berjaya mendapat tempat pertama. Peserta - peserta lelaki dari sekolah ini juga telah berjaya menjadi juara berkumpulan.

-