Monday, September 17, 2007

Explomaths Race Competition






Khamis, 12April 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota telah menyertai peraduan ' Explomaths Race Competition' yang telah diadakan di Sekolah Rendah Binturan Tutong1. Peraduan tersebut dibukakan kepada semua sekolah Rendah Kerajaan kawasan Tutong 1.

Tiga orang murid yang mewakili sekolah ini ialah Muhd. Norhafiz Bin Abd. Sani ( Darjah 4 ), Ak Ahmad Shafee Kamalariffin BinPg. Jarus Kamalariffin ( Darjah 5 ) dan Muhd. Aminuddin Bin Muhd. Hassanudin ( Darjah 6 ). Pasukan dari sekolah ini telah diawasi oleh dua orang guru matematik iaitu Cikgu Shahrin Bin Hj Mohd. Yusof dan Cikgu Aminah Binti Hj Hassan. Pada peraduan tersebut, pasukan dari sekolah ini telah berjaya mendapat tempat kedua.

No comments: