Tuesday, September 18, 2007

" Billion Tree Campaign "






Sabtu, 9 Jun 2007- Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota telah mengadakan acara penanaman pokok di kawasan sekolah.

Acara adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatu Ibubapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah ini. Acara tersebut juga adalah sebagai melaksanakan seruan dari kementerian Pendidikan bagi Kempen "Bilion Tree Campaign" sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.


Acara tersebut dimulakan dengan ucapan dari pengerusi PIBG sekolah. Setelah itu, tetamu kehormat acara tersebut, Awg. Abdul Wahab Bin Hj Duraman ( Ketua Kampong Penabai - Kuala Tutong ) dan guru besar SRPMMt1 dijemput untuk memulakan penanaman pokok. Turut hadir di acara tersebut ialah ibubapa dan penjaga murid.

Lebih dari 50 pokok buah dan bunga telah berjaya ditanam pada hari tersebut. Pokok - pokok tersebut adalah hasil sumbangan dari pihak ibubapa dan penjaga murid, guru - guru dan kakitangan sekolah.

No comments: