Sunday, January 13, 2008

Majlis Penyampaian Hadiah Murid - Murid Terbaik Tahun 2007






Khamis, 29 November 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Murid - Murid Terbaik Tahun 2007. Majlis ini telah diadakan di dewan sekolah dan juga di kawasan lapang halaman sekolah. Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah murid- murid terbaik dalam bahagian akademik dan kokurikulum bagi tahun 2007 yang telah disampaikan oleh tetamu kehormat iaitu Awang Abdul Wahab Bin Duraman, Ketua Kampong Penabai Kuala Tutong. Majlis diteruskan dengan persembahan nyanyian dan tarian dari murid - murid. Seterusnya semua jemputan dan murid- murid beredar di kawasan lapang sekolah bagi menyaksikan dan seterusnya menyertai beberapa acara sukan ria.

Sambutan Hari Kanak - Kanak






Selasa, 20 November 2007 - Lima orang murid sekolah ini telah menyertai peraduan mewarna yang telah diadakan di Dewan Seri Kenangan, Tutong1. Peraduan tersebut itu adalah salah satu acara yang diadakan bagi menyambut Hari Kanak - Kanak Peringkat Negara. Acara pada hari tersebut telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Belia dan Sukan. Acara- acara lain yang diadakan pada hari itu ialah acara senamrobik, persembahan tarian tradisional, cabutan nombor bertuah, face painting dan permainan bouncer.