Saturday, November 10, 2007

Lawatan Sambil Belajar Ke Pameran Pendidikan Lukisan




Khamis, 1 November 2007 - Seramai 15 orang murid dari Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pameran Pendidikan Lukisan yang telah diadakan SR Kiudang, Tutong 1.

Sambutan Hari Guru Tahun 2007






Sabtu, 31 Oktober 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan Sambutan Hari Guru. Sambutan ini telah diadakan di Dewan sekolah. Acara dimulakan dengan bacaan doa Hari Guru oleh ketua murid Muhd. Aminuddin Bin Hassanuddin. Di antara acara pada hari tersebut ialah acara nyanyian Hari Guru, Kuiz, ucapan dari wakil murid dan juga penyampaian hadiah kepada Guru Favorite yang telah diundi oleh murid - murid iaitu Cikgu Aminah Binti Hj Hassan.

Kejohanan Sepak Takraw Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Kawasan Tutong 1




Rabu, 24 Oktober 2007 - Pasukan Sepak Takraw dari SRPMMT1 telah menyertai Kejohanan Sepak Takraw Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Kawasan Tutong 1. Kejohan tersebut telah diadakan di Dewan Gerak Badan Tutong Kem. Di kejohanan tersebut satu sepak takraw dari SRPMMT1 tidak berjaya melayakan diri kepusingan kedua setelah berjaya ditewaskan oleh pasukan Sepak Takraw SR Birau, Tutong 1.

Sambutan Hari Raya Tahun 2007











Lebih banyak gambar majlis tersebut... enjoy !

Sambutan Hari Raya Tahun 2007







Isnin, 22 Oktober 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota Tutong1 telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Sambutan ini telah diadakan di dewan sekolah. Acara dimulakan dengan ucapan dari Guru Besar SRPMMT1. Di antara acara pada hari tersebut ialah acara nyanyian, tarian, pertujukan fesyen pakaian Hari Raya serta ucapan Hari Raya dari wakil murid- murid. Diakhir majlis semua guru, murid dan kakitangan menikmati jamuan.