Saturday, September 22, 2007

Sukan Ria Di Pantai Seri Kenangan, Tutong bhg. 3






lagi gambar - gambar acara tersebut..... enjoy!!

Sukan Ria Di Pantai Seri Kenangan, Tutong bhg. 2






lebih banyak gambar acara Sukan Ria .....

Sukan Ria Di Pantai Seri Kenangan, Tutong






Khamis, 6 September 2007 - SRPMMT1 telah mengadakan acara Sukan Ria di Pantai Seri Kenangan, Tutong. Sukan ria tersebut diadakan sempena berakhirnya Penggal Persekolahan Ketiga.

Di antara acara - acara yang telah diadakan ialah lumba mencari benda didalam tepung, lumba makan ais krim, meniup belon sampai pecah dan perlawanan bola sepak pantai.

Tuesday, September 18, 2007

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1 bhg. 3






lebih banyak gambar kejohanan....

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1 bhg. 2






Lebih banyak gambar kejohanan....

Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1






Rabu, 8 Ogos 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota, Tutong 1 telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Rentas Desa Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Dan Pendidikan Swasta Kawasan Tutong 1.
Sebanyak 17 buah sekolah telah menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan bermula dengan acara senamrobik yang disertai oleh tetamu kerhormat, guru - guru dan semua peserta. Setelah itu peserta murid - murid dan guru - guru perempuan dilepaskan. Lima minit kemudian barulah perserta murid - murid dan guru - guru lelaki dilepaskan. Para peserta perempuan berlari sejauh 3 km sementara peserta lelaki berlari sejauh kira- kira 5 km.
Peserta lelaki dari SRPMMT1 iaitu Helwi Afendi Bin Rosdita telah berjaya mendapat tempat pertama. Peserta - peserta lelaki dari sekolah ini juga telah berjaya menjadi juara berkumpulan.

-

" Billion Tree Campaign" 2






Lebih banyak gambar - gambar yang dirakam semasa acara tersebut.

" Billion Tree Campaign "






Sabtu, 9 Jun 2007- Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota telah mengadakan acara penanaman pokok di kawasan sekolah.

Acara adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Persatu Ibubapa dan Guru ( PIBG ) Sekolah ini. Acara tersebut juga adalah sebagai melaksanakan seruan dari kementerian Pendidikan bagi Kempen "Bilion Tree Campaign" sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.


Acara tersebut dimulakan dengan ucapan dari pengerusi PIBG sekolah. Setelah itu, tetamu kehormat acara tersebut, Awg. Abdul Wahab Bin Hj Duraman ( Ketua Kampong Penabai - Kuala Tutong ) dan guru besar SRPMMt1 dijemput untuk memulakan penanaman pokok. Turut hadir di acara tersebut ialah ibubapa dan penjaga murid.

Lebih dari 50 pokok buah dan bunga telah berjaya ditanam pada hari tersebut. Pokok - pokok tersebut adalah hasil sumbangan dari pihak ibubapa dan penjaga murid, guru - guru dan kakitangan sekolah.

Monday, September 17, 2007

Kejohanan Futsal Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Kawasan Tutong 1






Isnin, 2 Julai 2007- Pasukan Futsal SRPMMT1 telah menyertai di Kejohanan Futsal Sekolah - Sekolah Rendah Kerajaan Kawsan Tutong 1. Kejohanan tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tutong.

Pada pusingan pertama, pasukan sekolah ini telah berjaya menewaskan pasukan futsal Sekolah Sengkarai Tutong1. Pada pusingan kedua pasukan bola sepak pula berjaya menewaskan pasukan dari SR Sinaut, Tutong 1 Pasukan Futsal berjaya mendapat tempat ke 2 ( naib Juara ) setelah ditewaskan oleh Pasukan Futsal Sr Muda Hashim, Tutong 1 dipusingan akhir.

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan




Sabtu, 12 Mei 2007 - Pasukan bola sepak SRPPMT1 telah mengadakan perlawan persahabatan dengan pasukan bola sepak SR PKN Bukit Beruang, Tutong II. Perlawanan ini telah diadakan di padang bola sepak sekolah ini.

Perlawanan tersebut diadakan sebagai persediaan bagi pasukan bola sepak SR PKN Bukit Beruang, Tutong II bagi menghadapi Kejohanan Bola Sepak Sekolah - Sekolah Rendah Peringkat Negara. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan kepada pasukan bola sepak SRPMMT1 dengan jaringan 4 - 2 .

Explomaths Race Competition






Khamis, 12April 2007 - Sekolah Rendah Pengiran Muda Mahkota telah menyertai peraduan ' Explomaths Race Competition' yang telah diadakan di Sekolah Rendah Binturan Tutong1. Peraduan tersebut dibukakan kepada semua sekolah Rendah Kerajaan kawasan Tutong 1.

Tiga orang murid yang mewakili sekolah ini ialah Muhd. Norhafiz Bin Abd. Sani ( Darjah 4 ), Ak Ahmad Shafee Kamalariffin BinPg. Jarus Kamalariffin ( Darjah 5 ) dan Muhd. Aminuddin Bin Muhd. Hassanudin ( Darjah 6 ). Pasukan dari sekolah ini telah diawasi oleh dua orang guru matematik iaitu Cikgu Shahrin Bin Hj Mohd. Yusof dan Cikgu Aminah Binti Hj Hassan. Pada peraduan tersebut, pasukan dari sekolah ini telah berjaya mendapat tempat kedua.